Langkah Baru
Hasil cetusan Kimmy & Taja untuk membantu industri muzik Malaysia untuk terus berkembang. Inisiatif ini lahir dari kesedaran setelah lebih sedekad di industri ini yang tiada satu badan khas untuk penggiat muzik yang terdiri daripada penulis lagu, pelaku dan pemilik rakaman.
Idea ini untuk membantu penggiat seni (yang tidak berkepentingan atau "stakeholder") untuk mengambil langkah seterusnya dalam memperkembangkan bakat mereka dengan membawa mereka dari jalanan ke pentas besar.
Objektif projek ini adalah untuk memberikan pendedahan asas kepada kemahiran-kemahiran yang perlu, selain memberikan alternatif 'jalan pintas' dengan membantu mereka memahami selok-belok jalan industri sebagai pihak berkepentingan (stakeholder).
Kami mengalu-alukan pemuzik dari semua golongan, serta penyanyi berbakat untuk menyertai pencarian ini.
Sertai kami dalam program "Langkah Baru" bersama penasihat-penasihat ternama kami!
Penasihat Penerbitan : Taja Mustapha (Malaysia)
Penasihat Penerbitan : Adi Priyo (Indonesia)
Penasihat Penerbitan : Alyph (Singapura)
Penasihat Hakcipta : Kimmy Khir
Penasihat Media : Joe Lee
Penasihat Pemasaran Media Sosial : Prashan Chitty
Jika berminat, sila emailkan video persembahan anda di [email protected]
Tarikh tutup penyertaan:
14 Disember 2020
En esta página del sitio puede ver el video en línea Langkah Baru de Duración hora minuto segunda en buena calidad , que subió el usuario Muzik Malaysia 01 enero 1970, comparta el enlace con amigos y conocidos, en youtube este video ya ha sido visto 424 veces y le gustó 16 a los espectadores. Disfruta viendo!